Wednesday, October 7, 2009

Copy daripada hak milik Farah Dianah.

This is a copy I took from Farah's blog. I just had to put it here, :

Isu perempuan bertudung dan perempuan tidak bertudung selalu menjadi isu. Orang selalu membandingkan amalan dan perbuatan keji perempuan bertudung dengan perempuan tidak bertudung. Tetapi sedarkah mereka , perempuan2 itu manusia? Ada cacat cela, kulit tak serupa, rambut tak sama hitam, ada blonde ada brunette?

Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan atau kejahilan? Setahu saya lah, Nabi sahaja. Maksum ya kawan2 ku. Jadi siapalah kita hendak menilai amalan kebaikan seseorang itu ? Allah yang maha mengetahui dan hanya Dia lah yang layak hendak menilai amalan seseorang.

Ingin saya perkatakan di sini, saya tidak memihak kepada sesiapa. Ya saya memang bertudung tetapi banyak melakukan kesilapan. Menipu lah kalau kamu semua kata kamu tidak pernah melakukan kesilapan. Tapi saya berusaha muhasabah diri. Kalau ada kesempatan, Al-quran di baca,. Ataupun take a second off your day, and muhasabah. Tujuan entri ni sebenarnya untuk membetulkan pandangan segelintar manusia , bukan untuk menjatuhkan mana2 pihak :)

Kerap perempuan yang tidak bertudung mengatakan "Alah si Polan tu, bertudung tetapi melakukan maksiat. Aku yang tak bertudung ni, lagi baik tau! Solat tak pernah tinggal ". Bertudung ini sudah dinyatakan dengan jelas , Wajib. Dari sekolah rendah , ustaz ustazah ajar aurat seorang perempuan adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Jangan katakan sekolah rendah, mak bapak pun sudah ajar. TETAPI itu adalah hak individu samaada untuk bertudung mahupun tidak. Ya saya setuju ada rakan2 saya , masih belum bersedia untuk memakai tudung. Ia memerlukan kesabaran dan keikhlasan yang tinggi .

Ada satu persoalan yang bermain di fikiran saya, sempatkah mereka ? or perhaps, sempatkah saya ? Sempatkah saya/mereka nak meminta keampunan dari Allah SWT? .

Amalan solat seseorang itu tidak kira samaada bertudung mahupun tidak, menjadi amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak? Kita tidak seharusnya menyalahkan tudung yang dipakai sekiranya si polan itu melakukan kesilapan. Tudung itu adalah batas2 aurat yang perlu dipakai, tetapi hati dah rohani seseorang itu bukan bergantung pada tudung nya.

Saya nak petik kata2 Yusof Islam :

"Don't put the blame on Islam if a Muslim commits something wrong, but the Muslim himself or herself. Same like, don't blame the car if the car involves in an accident but the driver, himself or herself."

Saya pasti ramai yang marah dengan orang2 Barat yang memandang serong terhadap Islam , hanya kerana ada segelintar umat yang menyalah tafsirkan maksud Jihad atau yang telah terpesong dari akidahnya. Tidak adil bukan? Hanya kerana mereka, Islam dihina dan dikeji, ramai umat2 Islam di bunuh hanya kerana mereka beragama Islam. Tengok je la betapa ketatnya sekuriti airport di US? ada binti or bin je, kena soal sampai 10 jam. Sedangkan tujuannya adalah untuk melancong. Pelik how people tend to manipulate things . Press2 barat banyak memanipulatekan keindahan agama Islam dan menimbulkan rasa Anti-Islam di kalangan mereka. Adakah orang Islam layak diberi layanan sebegini hanya kerana perbuatan individu2 yang terpesong ?

Saya ada terbaca entri di Blog Sue Anna Joe , beliau memetik satu petikan dari Ustaz Zaharuddin :


DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?


Lagi dari beliau ,

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.


Maaf sekiranya ada pihak yang termakan hati dengan entri ini. Ingin saya jelaskan sekali lagi, saya tidak berpihak ke mana2. Ini cuma entri luahan dan insyaallah membetulkan pandangan segelintir pihak. Saya hanyalah manusia biasa yang acapkali melakukan kesilapan dan masih banyak ilmu yang perlu dipelajari. Assalamualaikum.



Note : The copyright goes to Farah Dianah.

1 comment: